SEBUT sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri, pasti akan teringat perwatakan kecoh dan selamba yang dimiliki usahawan kosmetik itu sehingga mengundang kecaman.
Walaupun menjadi mangsa kecaman, ada juga yang melihat Aliff sebagai satu simbol kejayaan tambah lagi dengan usahanya untuk mencapai apa yang dimilikinya kini.
Kalau dilihat di media sosial Aliff, usahawan yang berperwatakan ceria ini sentiasa dimurahkan rezeki dan perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang stafnya yang dikenali sebagai Iwan Utara.
Iwan yang bekerja sebagai pengurus dan pembantu peribadi Aliff, berkata, dia memberi sebab itu bukan bertujuan untuk membodek bosnya itu tetapi sebagai perkongsian buat semua orang.
"Semoga dengan video ni, dapatlah anda peroleh banyak manfaat dan boleh dipraktikkan dalam hidup anda juga.Terima kasih menonton," katanya.
Menurut Iwan Utara, ada beberapa tindakan yang dilakukan Aliff menjadi punca mengapa usahawan itu sentiasa dilimpahkan rezeki walaupun sering menerima kecaman netizen.
Berikut adalah sembilan perkara mengapa Aliff sentiasa dimurahkan rezeki dan boleh menjadi panduan juga untuk kita bersama.
1) Bila isteri minta buatkan susu anak, Aliff akan lakukan tanpa sebarang alasan.
2) Memasak untuk isteri dan meluangkan masa untuk makan bersama.
3) Keluar jalan bersama dan sentiasa berpegangan tangan tanpa lepas.
4) Makan semeja dan memuliakan tetamu tanpa mengira bangsa.
5) Sentiasa peluk dan cium anak apabila pulang daripada kerja.
6) Sentiasa bersedekah kepada sesiapa pun dan hormat orang yang lebih tua.
7) Tidak menolak sesiapa pun yang ingin mengambil gambar.
8) Makan bersama dengan keluarga.
9) Sering memuliakan bondanya.
Rata-rata netizen bersetuju dengan Iwan dan memuji Aliff di sebalik kontroversi yang dihadapi usahawan itu.
"Beliau (Aliff) ni memang bagus. Watak marketing beliau je macam tergedik-gedik," kata abe_666to999.
"Sisi yang baik macam ini. Tak boleh nafikan. Alhamdulillah. Bagus dan harus dicontohi," tulis mikphotographer.
"Alhamdulillah...siapa tahu suatu hari nanti Dato akan menjadi contoh bagi yang melihat kebaikan Dato.. semoga Dato sekeluarga bahagia dunia akhirat..kawan-kawan doakan saya juga, semoga kita dimurahkan rezeki seperti beliau dan contohi kebaikan beliau," kata iechaisyah.
"Lagi satu berkat kejayaan Dato adaalh doa dari ibunya.. Siapa pun kita tanpa doa ibu, kita takkan ke mana. Dato sering mengutamakan ibu dan keluarganya.. rezeki bukan daripada segi wang ringgit tapi kebahagiaan keluarga pun merupakan rezeki terbaik. Yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita buangkan," komen d3iliya.co. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram