Tetap kena saman PBT meskipun ada pas parkir bulanan


  • Tular
  • Rabu, 16 Mac 2022

ZHAFRI turut berkongsi gambar saman berkenaan bersama pelekat pas bulanan yang tertera tarikh luput, 11 April 2022.

SUDAH bayar sebulan tetapi masih kena saman, itu luahan seorang pengguna di laman sosial Facebook tentang saman parkir Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Kelantan yang diterimanya baru-baru ni.

Berkongsi di grup, Ambo Ore Pasir Puteh, pemilik akaun, Zhafri Bokeh meluahkan rasa bingung apabila kenderaannya tetap di saman pihak berkuasa tempatan (PBT) meskipun dia sudah membeli kupon pas bulanan.

"Susah bayar untuk sebulan pun masih kena saman.

"Esok lah saya kira, sudah lewat sekarang," tulis statusnya ringkas pada Ahad.

saman MDPP 1

ZHAFRI meluahkan rasa bingung apabila kenderaannya tetap di saman PBT Pasir Puteh. — Facebook

Dalam surat saman bertarikh 13 Mac 2022, pukul 4.50 petang itu, Zhafri di saman atas kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan parkir kereta selepas habis tempoh di bandar Pasir Puteh, Kelantan.

Zhafri turut berkongsi gambar saman berkenaan bersama pelekat pas bulanan yang tertera tarikh luput, 11 April 2022.

Majoriti kini sedang cuba untuk menghubungi Zhafri untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang saman berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram