GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) anti lompat parti dengan secepat mungkin dalam persidangan Parlimen kali ini.
Jelasnya, ini akan memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kerajaan masih komited dengan perjanjian reformasi yang ditandatangani bersama pihak pembangkang.