26,250 kes baharu Covid-19 dicatat pada Sabtu


  • Primer
  • Ahad, 13 Mac 2022

NEGARA mencatatkan penurunan sebanyak 6,550 kes Covid-19 baharu pada Sabtu.

MALAYSIA mencatatkan 26,250 kes baharu Covid-19 pada Sabtu, menurun berbanding 32,800 kes yang dicatatkan pada Jumaat.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 3,801,036 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Sabtu adalah sebanyak 25,089 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 3,443,532 kes.

Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Sabtu, Noor Hisham berkata, 25,705 kes adalah jangkitan tempatan manakala 545 merupakan kes import.

"Daripada kesemua kes harian yang dilaporkan pada Sabtu, 8,652 kes adalah kategori 1, manakala 17,421 kes merupakan kategori 2.

"70 kes pula adalah kategori 3, manakala 60 kes merupakan kategori 4 dan 47 kes adalah kategori 5,” katanya.

Tambah beliau, sehingga 12 Mac 2022, seramai 367 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 211 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak dua kluster baharu dikenal pasti pada Sabtu, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 395.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram