Isteri mohon peminat doa kesihatan To'ki


  • Hiburan
  • Isnin, 14 Mac 2022

TO'KI bersama isterinya, Sharifah Fairuz sewaktu tinggal di Batu 12, Gombak.

PENYANYI, To'ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami demam panas empat hari pada malam Ahad.

Isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, berkata, To'ki dibawa ke HKL dengan menaiki ambulans kira-kira pukul 8.30 malam.

"To'ki sebelum itu mengalami demam panas sehingga suhu naik lebih 38 darjah celsius dan dia juga tiada selera nak makan.

"Jadi saya telefon ambulans dan To'ki terus dibawa ke HKL," katanya kepada Majoriti.

Menurut Sharifah, sepanjang empat hari sebelum ini, To'ki hanya terbaring di rumah dan dia juga risau kerana suaminya itu mengalami sakit keresahan melampau (anxiety).

"Memang To'ki ada anxiety dan itu yang saya risau serta disuruh menghantarnya ke hospital kerana takut keadaan menjadi teruk. Ujian saringan Covid-19 pun dah dibuat dan selebihnya kita tunggu apa kata doktor.

"Harap semua dapat mendoakan yang terbaik untuk kesihatan To'ki," katanya.

To'ki yang terkenal dengan lagu Hampa kini lebih aktif menggunakan media sosial TikTok sebagai platform untuk mengajar teknik vokal kepada pengikutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

hiburan, To'ki, demam, HKL, sakit, anxiety, hampa