MPAJ nafi tidak ambil tindakan terhadap aduan gelongsoran tanah


  • Primer
  • Sabtu, 12 Mac 2022

ADUAN mengenai longkang pecah ini sudah diperiksa dan anggaran kos pembaikan adalah RM1 juta. — The Star

MAJLIS Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyangkal dakwaan bahawa tiada tindakan daripada MPAJ berkaitan aduan mengenai cerun daripada penduduk di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di Kuala Lumpur, sebelum ini.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, hasil semakan yang dibuat mendapati MPAJ menerima aduan kerosakan longkang di hadapan rumah Jalan 1/2 dan bukan di tapak ini.

Beliau berkata, sejak kejadian gelongsoran tanah di taman itu, MPAJ menerima maklumat bahawa tiada tindakan diambil selepas penduduk membuat aduan.

"MPAJ telah membuat semakan aduan berkenaan dan mendapati ia adalah kerosakan longkang di hadapan rumah iaitu di Jalan 1/2K dan bukan di tapak ini.

"Aduan mengenai longkang pecah ini sudah diperiksa dan anggaran kos pembaikan adalah RM1 juta," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Norhayati berkata semakan dilakukan MPAJ di tapak gelongsoran itu mendapati tiada aduan diterima berkaitan perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram