Lelaki OKU terperangkap dalam lumpur di Kemaman


  • 112
  • Sabtu, 12 Mac 2022

MANGSA dibawa keluar daripada kawasan berlumpur itu menggunakan pengusung dan tidak mengalami sebarang kecederaan. — Sinar Harian

ANGGOTA penyelamat mengeluarkan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang terperangkap dalam lumpur di Kampung Teladas, Air Putih, di Kemaman, Terengganu kira-kira jam 9 pagi pada Sabtu.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, Azman Alias berkata, mangsa berusia 44 tahun merupakan OKU kategori lembam terperangkap dalam kawasan berlumpur sedalam 0.5 meter yang terletak kira-kira 100 meter dari sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.

"Pihak bomba dengan bantuan polis dan Rela mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurut Azman, mangsa dibawa keluar daripada kawasan berlumpur itu menggunakan pengusung dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pasukan penyelamat turut membantu membersihkan badan mangsa yang dipenuhi lumpur sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

OKU, lumpur, tersekat, bomba, kemaman, Azman Alias