SEBUAH eskalator di stesen LRT Ampang Park di ibu negara terbakar pada awal Isnin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.16 pagi.
"Api merebak dari eskalator ke siling. Tiada mangsa terkorban dan punca kejadian masih disiasat," ujar kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asistan Komisioner Noor Dellhan Yahya ketika dihubungi berkata, polis dimaklumkan tentang kejadian itu selepas asap kelihatan dari stesen tersebut.
"Kemungkinan kebakaran bermula selepas litar pintas di salah sebuah panel kawalan.
"Pihak pengurusan stesen sudah menutup eskalator untuk keselamatan orang ramai," jelasnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram