LEBIH RM100,000 nilai kompaun dikenakan ke atas pelanggan dan pekerja di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menyerbu Cheras Business Centre pada jam 12.10 pagi.
"Hasil pemeriksaan di situ membawa kepada penahanan empat lelaki, tiga warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 27 hingga 42 tahun.
"Tangkapan dibuat kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen, menjual arak tanpa lesen yang sah mengupah warga asing tanpa izin dan bekerja tanpa permit yang sah.
"Polis turut mengeluarkan kompaun kepada 121 orang kerana melanggar peraturan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Turut dirampas termasuk amplifier dan pembesar suara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram