
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 25,854 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 3,468,590 kes setakat Selasa.
Daripada 25,854 kes itu, 25,406 merupakan kes tempatan dan 448 kes import.
Pada masa sama, terdapat 78 kematian direkodkan dan 34 daripadanya diklasifikasikan sebagai kes dibawa ke hospital (BID).
Jumlah kematian tertinggi bagi setiap sejuta orang dicatatkan di Kedah dengan 31, Johor (28) dan Melaka (23).
Terdapat 293,651 kes aktif setakat tengah malam, dengan 7,542 daripadanya dimasukkan ke hospital.
Daripada 7,542 pesakit, 161 berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 213 memerlukan bantuan pernafasan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram