PENDUDUK di beberapa kawasan Pantai Barat Malaysia dikejutkan dengan gegaran yang berlaku di beberapa kawasan susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia pada Jumaat.
Difahamkan, gegaran berlaku akibat gempa bumi berskala Richter 6.2 pada kedalaman 10 km pada jam 9.39 waktu tempatan, menurut amaran yang dikeluarkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.
Di media sosial, orang ramai turut kecoh apabila kawasan yang diduduki mereka turut terkena kesan gegaran tersebut.
Menurut info, gegaran dikatakan dirasai di beberapa kawasan termasuk Petaling Jaya, Shah Alam dan juga Klang, Selangor.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan gegaran yang dirasakan itu disebabkan gempa bumi yang berlaku di Sumatera. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram