Cinta terhalang punca remaja mahu terjun bangunan di Selayang


  • 112
  • Isnin, 21 Feb 2022

MANGSA duduk bersendirian di bahagian luar rumahnya di tingkat lapan Kondominium Amara. — Ihsan JBPM

KECEWA cinta terhalang dikatakan menjadi punca seorang remaja perempuan duduk menyendiri di bahagian luar rumahnya di tingkat lapan Kondominium Amara, Kg Kenneison Selayang, Selangor.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan insiden cubaan bunuh diri membabitkan remaja dipercayai berusia 18 tahun itu, pada jam 2.16 petang, Isnin.

Menurutnya, bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 2.25 petang dan mengambil masa hampir dua jam untuk memujuk mangsa tersebut.

"Kejadian melibatkan seorang remaja dalam lingkungan 18 tahun yang didapati berdiri di balkoni rumahnya di tingkat lapan.

"Rumah mangsa dikunci dari dalam dan ketika kejadian mangsa sedang bersendirian kerana ibu bapanya keluar bekerja," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

WhatsApp Image 2022-02-21 at 16.03.08

PIHAK bomba mengambil masa hampir dua jam untuk memujuk mangsa tersebut. — Ihsan JBPM

Norazam berkata, siasatan mendapati mangsa bertindak sedemikian kerana kecewa cintanya dihalang.

"Ibu mangsa pulang dari tempat kerja selepas dihubungi dan bomba dapat masuk ke rumah mangsa.

"Remaja ini kemudian berjaya diselamatkan pada jam 3.45 petang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram