MAKANAN yang dipanaskan sendiri atau sedia untuk dimakan (sejuk beku) kini dilarang buat semua penerbangan Malaysia Airlines berkuat kuasa serta-merta.
Dalam mesej di laman web mereka, Malaysia Airlines berkata, kedua-dua penumpang dan anak kapal tidak dibenarkan membawa makanan sedemikian di dalam bagasi berdaftar atau kabin mereka atas sebab keselamatan.