Kereta api ekspres terbakar di Pasir Mas


  • 112
  • Rabu, 02 Feb 2022

BOMBA berjaya memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kereta api dengan 13 gerabak penumpang. — Facebook

BAHAGIAN enjin sebuah kereta api ekspres dari Tumpat, Kelantan ke Johor Bahru, Johor terbakar di Kampung Anok Machang, Sungai Keladi dekat Pasir Mas, Kelantan kira-kira pukul 9.44 malam pada Selasa.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Penguasa Bomba (PPB) Pasir Mas, Shapawi Setapa berkata, kejadian kebakaran berpunca daripada enjin di bahagian hadapan kereta api yang membawa 13 gerabak penumpang itu dan berjaya dipadamkan pada pukul 1.44 pagi Rabu.

"Dua jentera dari balai bomba dari Pasir Mas dan Tanah Merah serta turut dibantu anggota bomba sukarela Rong Chenok dan anggota polis daripada Balai Polis Tok Uban melibatkan kira-kira 30 orang.

"Kesemua penumpang seramai 180 orang berjaya diselamatkan dan tiada sebarang kecederaan berlaku," katanya.

Kereta api tersebut telah dibawa ke stesen Pasir Mas untuk tindakan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bomba, kereta api, KTMB, terbakar, enjin