Kes harian pecah rekod, catat 27,831 kes pada Rabu


  • Primer
  • Rabu, 16 Feb 2022

KES Covid-19 yang baharu dimasukkan ke hospital setakat Rabu adalah 1,269 kes. — The Star

MALAYSIA masih mencatatkan peningkatan untuk kes positif Covid-19 harian dengan jumlah 27,831 kes pada Rabu berbanding 22,133 kes pada Selasa.

Jumlah harian itu menjadikan angka kumulatif kes Covid-19 di negera ini bertambah kepada 3,111,514 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, berdasarkan jumlah harian, sebanyak 7,606 kes merupakan dari kategori satu manakala, 20,128 kes merupakan kategori dua.

"Sebanyak 59 kes merupakan dari kategori tiga, 28 kes (kategori empat) dan selebihnya 10 kes merupakan dari kategori lima," katanya

Sementara itu, Noor Hisham turut memberitahu, kes Covid-19 yang baharu dimasukkan ke hospital setakat Rabu adalah 1,269 kes

" Daripada jumlah itu 428 kes adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 841 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2," ujarnya. — Majoriti

Menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram