DBKL tawar kadar khas kompaun


  • Primer
  • Rabu, 16 Feb 2022

KADAR khas kompaun DBKL boleh disemak dan dibayar menerusi semua kaunter bayaran DBKL serta kaunter Pos Malaysia. — The Star

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan Kadar Khas Notis Kompaun 2022 bermula 16 Februari hingga 30 Jun 2022, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Jubli Emas 50 Tahun Bandar Raya Kuala Lumpur.

DBKL dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, pemberian kadar khas itu meliputi notis kompaun trafik yang belum dijelaskan dan kadar berjadual mengikut kesalahan bagi notis kompaun kesalahan am.

Bagaimanapun, inisiatif kadar khas itu tidak terpakai bagi kesalahan yang telah disenarai hitam dan kesalahan kes Am yang tiada dalam kadar berjadual.

Orang ramai boleh menikmati kadar khas ini dengan membuat semakan dan bayaran menerusi semua kaunter bayaran DBKL serta kaunter Pos Malaysia di seluruh negara.

Selain itu, semakan dan bayaran juga boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi MOBIS-DBKL atau secara Jompay menerusi aplikasi perbankan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

DBKL, kadar khas, notis kompaun, Jubli Emas