Terus meningkat, 20,939 kes Covid-19 dicatat


  • Primer
  • Jumaat, 11 Feb 2022

NEGARA mencatatkan peningkatan sebanyak 1,849 kes Covid-19 baharu pada Jumaat.

MALAYSIA mencatatkan 20,939 kes Covid-19 baharu pada Jumaat, meningkat berbanding 19,090 kes yang dicatatkan pada Khamis.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,904,131 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Jumaat adalah sebanyak 5,807 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,841,271 kes.

Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Jumaat, Noor Hisham berkata, 20,818 kes adalah jangkitan tempatan manakala 121 merupakan kes import.

"Daripada 20,939 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 118 kes adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 20,821 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Tambah beliau, setakat jam 12 tengah hari 11 Februari 2022, seramai 155 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 80 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 20 kluster baharu dikenal pasti pada Jumaat, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 410. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram