SEORANG wanita mengalami kecederaan parah apabila dilanggar pemandu sebuah kereta yang didakwa melarikan diri.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Ipoh, Perak.
Beberapa keping gambar wanita tersebut terbaring di atas jalan raya dengan helmet dipenuhi darah tular di media sosial.
"Ya Allah, semoga dipermudahkan segalanya buat isteriku, harap-harap tak berlaku apa-apa yang serius buat isteriku.
"Accident, langgar lari," tulis seorang pemilik akaun Facebook, Encik Hati.
Wanita terbabit yang kini mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dipercayai dilanggar oleh sebuah kerata jenis Ford.
Sementara itu, gambar helmet wanita terbabit yang dipenuhi darah turut mendapat perhatian netizen.
"Helmet half (separuh) tak selamat, kalau kepala terhentak. Gunalah helmet yang ada sirim," ujar seorang warga net.
Ada juga antara mereka yang berkongsi pengalaman menggunakan topi keledar yang sinonim dengan panggilan helmet kura-kura ini.
"Saya pernah accident dulu pakai helmet ni, helmet ni terbelah atas tengah sampai tepi, atas kepala berjahit lima, sampai sekarang berparut," katanya.
Majoriti sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram