9,117 kes Covid-19 baharu dicatat pada Sabtu


  • Primer
  • Sabtu, 05 Feb 2022

NEGARA mencatatkan peningkatan sebanyak 1,883 kes Covid-19 baharu pada Sabtu.

MALAYSIA mencatatkan 9,117 kes Covid-19 baharu pada Sabtu, jauh meningkat berbanding 7,234 kes yang dicatatkan pada Jumaat.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,904,131 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Sabtu adalah sebanyak 6,546 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,806,154 kes.

Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Sabtu, Noor Hisham berkata, 8,983 kes adalah jangkitan tempatan manakala 134 merupakan kes import.

"Daripada 9,117 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 47 kes adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 9,070 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Tambah beliau, setakat jam 12 tengah hari 5 Februari 2021, seramai 123 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 67 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 10 kluster baharu dikenal pasti pada Sabtu, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 353. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram