PENGGUNA jalan raya yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Lembah Klang dinasihatkan memasuki lebuh raya sebelum 9 pagi antara 4 Februari dan 6 Februari.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, trafik meningkat pada hari kedua Tahun Baharu Cina (2 Februari) dengan Lebuhraya Utara-Selatan menyaksikan lonjakan trafik dari semua negeri.