Esscom siasat dakwaan lelaki bersenjata masuk Lahad Datu


  • 112
  • Khamis, 03 Feb 2022

ESSCOM memperketatkan kawalan di pintu sempadan negara. — The Star

KAWALAN Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang menyiasat dakwaan lebih 10 lelaki bersenjata dipercayai warga Filipina menyusup masuk ke Lahad Datu, Sabah melalui perairan Tambisan.

Komander Esscom, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, laporan itu masih dalam siasatan.

"Ketika ini keadaan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) baik dan terkawal," katanya.

Menurut sumber, Bernama difahamkan seorang lelaki mendakwa melihat lebih 10 individu mencurigakan berpakaian celoreng serta bersenjata masuk ke Sabah melalui perairan Long Patau, Tambisan pada minggu lepas.

Lelaki berkenaan juga mendakwa kesemua individu itu dipercayai warga Filipina berdasarkan perbualan menggunakan bahasa Suluk. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram