SEJUMLAH 11,889,785 individu dewasa atau 50.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat Ahad.
Berdasarkan data di laman sesawang Covidnow, seramai 22,924,199 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, manakala 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,942 atau 88.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi sementara 2,867,585 atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Pada Ahad, sebanyak 78,731 dos vaksin diberikan melibatkan 510 dos pertama, 728 dos kedua dan 77,493 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,466,293 dos.
Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan (KKM), lapan kematian Covid-19 dilaporkan pada Ahad dengan dua dicatatkan di Johor, tiga di Perak, dan masing-masing satu kematian di Melaka, Pahang dan Terengganu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram