LPT sesak, tujuh kenderaan kemalangan dahsyat di Karak


  • Tular
  • Sabtu, 29 Jan 2022

BEBERAPA kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu berada di dua lorang lebuh raya LPT. — Facebook

SEBANYAK tujuh kenderaan termasuk sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer (KM) 4, Karak, Pahang menghala ke Timur, Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 9.30 pagi itu, dikongsi oleh Izackkrie dalam grup HotDTaiping.

Berdasarkan video berdurasi 40 saat itu, dipaparkan beberapa kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu berada di dua lorang lebuh raya tersebut.

Turut dipaparkan sebuah lori yang terbabas ke dalam longkang juga sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik di tengah jalan.

Sementara itu, semakan ke atas akaun Facebook, LPT turut memaklumkan bahawa keadaan terkini di Tol Plaza Gombak hala timur dilaporkan sesak setakat pukul 12.10 tengah hari Sabtu.

Belum ada perkembangan terkini tentang kemalangan berkenaan dan Majoriti masih menunggu maklum balas daripada pihak polis daerah Bentong, Pahang.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

LPT, kemalangan, lori, kereta, karak, timur