PGA tahan 50 warga asing cuba ceroboh negara di Kuala Selangor


  • 112
  • Jumaat, 28 Jan 2022

SEMUA yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63. — Facebook

PASUKAN anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih menahan 50 warga asing termasuk 10 wanita dipercayai cuba masuk ke Malaysia secara haram, di pesisir pantai Bagan Pasir, Kuala Selangor, Shah Alam, Selangor pada tengah malam Jumaat.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superitendan Rizal Mohamed berkata, kesemua warga asing berumur antara 16 dan 51 tahun yang ditahan kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dalam Op Nyah 1, selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Mereka dipercayai baru masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram