Isu buku Tommy Thomas: Wan Azizah dipanggil ke Bukit Aman


  • 112
  • Jumaat, 28 Jan 2022

WAN AZIZAH memberi keterangan di Bukit Aman pada Jumaat. — The Star

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 3 petang Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Wan Azizah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan penerbitan buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

"Ini adalah prosedur biasa dalam sesuatu siasatan,” katanya pada Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Thomas dalam bukunya itu, mengadakan mesyuarat pertama di ibu negara, pada 23 Disember lalu.

Pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat siasatan awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku itu termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.

Thomas menerbitkan buku berkenaan pada awal tahun tahun lalu, namun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana dikatakan mengandungi unsur hasutan, penghinaan serta fitnah. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram