
KAKITANGAN Jabatan Perdana Menteri (JPM) perlu jujur, berintegriti dan cekap dalam menjalankan tugas berikutan hampir semua dasar negara tertumpu pada jabatan itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara dan Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang terlepas pandang terhadap pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12.
"Isu berkaitan Sabah dan Sarawak juga dikendalikan JPM.
"JPM perlu menunjukkan contoh yang baik kepada kementerian lain.
"Tunjukkan kepada rakyat bahawa kita bekerja keras untuk mereka.
"Kita mestilah jujur, amanah dan sempurna dalam melaksanakan kerja kita.
“Sebagai pusat utama bagi memantau pelaksanaan dasar kerajaan, semua mata rakyat tertumpu kepada JPM,” katanya pada majlis perjumpaan dengan kakitangan jabatan itu pada Selasa.
Ini merupakan pertemuan pertama Ismail Sabri dengan kakitangan JPM sejak beliau memegang jawatan PM pada Ogos 2021.
Perjumpaan bulanan sebelum ini antara PM dan kakitangan JPM tidak dapat diadakan kerana situasi Covid-19.
Ismail Sabri berkata, penting bagi dasar kerajaan dilaksanakan dengan cepat dan berkesan kerana rakyat mahu merasai faedah daripadanya.
"Saya mengharapkan sokongan kakitangan JPM dalam pelaksanaan dasar supaya hasilnya dapat dinikmati oleh rakyat,” katanya.
PM turut menyeru kakitangan JPM untuk membantu usaha kerajaan dalam mempromosikan konsep Keluarga Malaysia kerana beliau melihat konsep itu masih kurang dipromosikan.
"JPM sepatutnya mendahului dalam mempromosi konsep Keluarga Malaysia tetapi saya dapat melihat kurangnya penyertaan dalam kalangan agensi dan jabatan di sini.
"Bagaimana untuk meminta kementerian dan agensi lain menyokong gagasan Keluarga Malaysia jika kita sebagai tuan rumah tidak melakukannya.
"Saya mengharapkan kerjasama yang lebih baik daripada anda semua," tambahnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram