PM jamin tiada lagi PKP


  • Primer
  • Ahad, 23 Jan 2022

SEBELUM ini, timbul keresahan rakyat apabila PKP akan dilaksanakan semula, termasuk ketika sambutan Aidilfitri tahun ini. — The Star

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara akan dilaksanakan selepas ini.

Menurutnya, ia berikutan keresahan rakyat apabila PKP akan dilaksanakan semula, termasuk ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Saya pernah umumkan bahawa kita tidak akan buat lagi PKP seluruh negara, negeri dan daerah.

"Sektor ekonomi buka seperti biasa, saya beri jaminan tidak akan akan menutup lagi negara dari segi perniagaan, pergerakan rakyat bebas seperti biasa, tetapi kita fokus kawasan bersasar sahaja," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Bera, Pahang pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas perjumpaan bersama anggota-anggota Kemas daerah Bera.

Katanya, sekiranya sesuatu kawasan berlaku peningkatan jumlah kes positif Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana.

"Contohnya seperti di Bera, kawasan di Felda Sebertak di situ ada kes meningkat, PKPD dilaksanakan.

"Jadi jangan bimbang dah ada buat spekulasi, kononnya rakyat tak boleh balik, itu semua tidak betul, kita pastikan perkara ini tidak berlaku," tegasnya lagi. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

PM, Ismail Sabri Yaakob, hari raya, PKPD, Covid-19, PKP