SEORANG pemandu e-hailing In Driver didakwa telah menjadi mangsa samun dalam satu video yang tular di media sosial pada Isnin.
Menerusi video berdurasi selama 47 saat itu, berlaku pergelutan antara dua individu yang menyaksikan seorang daripadanya mengalami kecederaan parah.
Menerusi video berkenaan, kes dikatakan berlaku di kawasan Sentul, Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 petang.
Setakat kini, belum ada sebarang kenyataan polis berkaitan video tular tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram