Pengeluaran KWSP keperluan kecemasan


  • Politik
  • Sabtu, 15 Jan 2022

PENGELUARAN KWSP secara 'sekali bayar' dituntut oleh rakyat bagi meneruskan kelangsungan hidup. — The Star

PENGELUARAN caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) adalah satu keperluan kecemasan ketika rakyat masih berdepan ketidaktentuan situasi pandemik Covid-19.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengeluaran itu sangat membantu rakyat dalam memastikan kelangsungan diri memandangkan tiada jaminan bahawa masa depan mereka akan lebih baik berbanding sekarang.

"Dari bermula Covid-19 sehingga pelaksanaan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat terkesan sehingga ada yang berhutang, lalu terbeban, dan tidak mahu lagi berhutang.

"Tiada jaminan masa depan mereka akan lebih baik jika sekarang pun sudah sengsara. Rakyat semakin bijaksana (berdasarkan pengalaman PKP), dengarlah suara dan rintihan mereka. Ini pandemik, dan ada keperluan untuk keluarkan KWSP kerana kecemasan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Kursus Ejen Mengundi, Ejen Pengira dan Ejen Barong (PACABA) oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk meluluskan pengeluaran i-Citra KWSP, selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk masa depan kewangan pencarum kelak. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KWSP, Ismail Sabri, Asyraf Wajdi, Covid-19