DUN Johor sah bubar


  • Politik
  • Sabtu, 22 Jan 2022

DUN Johor sah bubar selepas terima perkenan Sultan Ibrahim pada Sabtu. — Gambar hiasan/Bernama

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Terdahulu, Baginda menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad pada pukul 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor pada Sabtu.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Pada pertemuan bersama Sultan Ibrahim, Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor.

Perkara itu menyaksikan Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa DUN Johor termansuh pada 22 Januari.

Hasni dijangka membuat pengumuman tentang PRN Johor pada pukul 6 petang Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram