Beberapa stesen LRT, MRT, Monorel KL ditutup Sabtu


  • Primer
  • Jumaat, 21 Jan 2022

STESEN Pasar Seni, Bukit Bintang dan Merdeka bagi laluan MRT Kajang akan ditutup sementara mulai Sabtu pagi. — The Star

BEBERAPA stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel Kuala Lumpur (KL) akan ditutup sementara waktu bermula jam 7 pagi hingga 3 petang pada Sabtu.

Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, penutupan tersebut atas faktor keselamatan awam serta nasihat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara laluan LRT yang terlibat adalah Ampang dan Petaling, yang membabitkan penutupan stesen Pudu, Masjid Jamek, Hang Tuah, Bandaraya, Plaza Rakyat dan Sultan Ismail.

Selain itu, laluan LRT Kelana Jaya turut ditutup membabitkan stesen Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi dan Kampung Baru.

"Untuk laluan MRT Kajang, stesen yang akan ditutup adalah Pasar Seni, Bukit Bintang dan Merdeka, manakala semua stesen Monorel KL akan ditutup.

"Tren tidak akan berhenti di stesen-stesen tersebut," kata kenyataan itu.

Katanya, stesen-stesen lain beroperasi seperti biasa, namun kaunter konsensi Rapid KL di LRT Pasar Seni akan ditutup. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tren, MRT, LRT, Monorel KL, Rapid KL, Prasarana,