MAFI nafi dakwaan ramai VVIP positif Covid-19


  • Primer
  • Rabu, 19 Jan 2022

MAFI menafikan dakwaan bahawa ramai kumpulan VVIP di kementeriannya positif Covid-19. — Twitter

TIMBUL dakwaan mengatakan bahawa ramai VVIP Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) positif Covid-19 dan tiada perintah kuarantin dikeluarkan.

Dakwaan itu dikeluarkan oleh seorang pengguna Twitter sebelum ia menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Pasukan Tindak Balas Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), MAFI telah menafikan dakwaan itu menerusi ciapan Twitter pada Khamis.

MAFI menjelaskan, sehingga kini tiada VVIP di kementerian itu positif Covid-19 malah pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang tular di media sosial tanpa sumber yang sahih.

"Sentiasa semak fakta di laman web dan saluran media sosial rasmi kementerian, jabatan atau agensi untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan sah," tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

mitos, betul atau tidak, vvip, mafi, positif, covid-19