KETUA Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora mengesahkan kes itu tetapi enggan mengulas lanjut.
SEORANG wanita mendakwa dirinya diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor.
Difahamkan, wanita berusia 20-an itu membuat laporan di Balai Polis Kota Tinggi kira-kira jam 11.30 pagi Isnin.
Mangsa, dipercayai juga seorang ahli politik Johor, mendakwa Adun itu mengganggunya secara seksual lebih daripada sekali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora mengesahkan kes itu tetapi enggan mengulas lanjut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram