2,342 kes baharu Covid-19 direkod


  • Primer
  • Isnin, 17 Jan 2022

NEGARA mencatatkan penurunan sebanyak 668 kes Covid-19 baharu pada Sabtu.

MALAYSIA mencatatkan 2,342 kes baharu Covid-19 pada Isnin, menurun berbanding 3,010 kes yang dicatatkan pada Ahad.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,810,689 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Isnin adalah sebanyak 2,907 kes.

Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Isnin, Noor Hisham berkata, 2,162 kes adalah jangkitan tempatan manakala 180 merupakan kes import.

Tambah beliau, setakat jam 17 Januari 2022, seramai 184 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 87 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, enam kluster baharu dikenal pasti pada Isnin, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 177. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram