AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali telah disingkirkan daripada menjadi ahli jawatankuasa pusat PAS walaupun kurang dua bulan memegang jawatan itu.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga mengesahkan perkara itu.
"Ini perkara biasa dalam PAS. Kita telah menamatkan (pelantikan) atau membuat perubahan sebelum ini.
"Keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di Marang, Terengganu pada Jumaat.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan mengapa bekas Menteri Industri Perladangan dan Komoditi itu digugurkan.
“Perkara itu dikendalikan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Pasti ada sebab untuk keputusan ini.
"Dalam parti, kita ada disiplin. Mereka yang tidak ikut disiplin boleh ditukar jawatan, dipindahkan ke tempat lain, digantung keahlian atau pun berdepan dengan pemecatan parti," katanya.
Pada 23 November 2021, Mohd Khairuddin adalah antara tiga kepimpinan PAS yang dilantik semula sebagai AJK pusat selepas kekalahan mereka dalam pemilihan parti. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram