Tangan budak tersepit mesin uli tepung di Bukit Gantang


  • 112
  • Khamis, 13 Jan 2022

ANGGOTA bomba membantu kanak-kanak yang tersepit tangan kirinya pada mesin penguli tepung dalam kejadian di Bukit Gantang pada Khamis. — Ihsan bomba

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan apabila tangan kirinya tersepit pada mesin penguli tepung di Markas Pas Pintu Gerbang Sungai Petai, Bukit Gantang, Taiping Perak pada Khamis.

Difahamkan mangsa bermain di kawasan mesin penguli tepung itu sehingga menyebabkan tangannya tersepit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping bergegas di lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.10 pagi.

"Pasukan bertindak menggunakan peralatan khas untuk memotong besi penguli tepung.

"Anggota mengambil masa selama hampir 12 minit untuk melepaskan tangan kanak -kanak terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan susulan.

Operasi tamat pada jam 8.58 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram