Waspada! MetMalaysia keluarkan amaran hujan di 10 kawasan di Sarawak


  • Primer
  • Sabtu, 08 Jan 2022

AMARAN hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di 10 kawasan di Sarawak. — Gambar hiasan / Bernama

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di 10 kawasan di Sarawak bermula 11 Januari (Selasa) hingga 13 Januari ini.

MetMalaysia menerusi ciapan di Twitter pada 12 tengah hari Sabtu memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

Amaran tahap waspada atau kuning merujuk kepada keadaan hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram