Tiada kerjasama UNCHR punca isu Rohingya berleluasa — Pakar


  • Massa
  • Sabtu, 08 Jan 2022

UNCHR merupakan faktor penarik kepada pendatang ke Malaysia. — The Star

KERAJAAN tidak sepatutnya dipersalahkan kerana gagal melindungi kanak-kanak Rohingya tetapi kemasukan golongan tersebut ke negara ini perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Perkara itu dinyatakan oleh Pakar Undang-Undang, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed yang menyatakan bahawa Malaysia sebenarnya tersepit apabila membabitkan isu berkaitan kaum Rohingya.

WhatsApp Image 2022-01-07 at 6.59.35 PM

Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, punca kepada permasalahan berkaitan golongan Rohingya adalah tiada kerjasama antara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan agensi kerajaan yang berkaitan.

"UNCHR merupakan faktor penarik kepada pendatang ke negara ini dan hanya Malaysia yang mempunyai badan ini bagi membantu pendatang sebagai lokasi transit.

"Bagaimanapun, UNHCR juga dijadikan tiket perlindungan kepada pendatang yang datang ke negara ini dan tanpa kerjasama antara badan itu dan agensi kerajaan terlibat, mereka sepertinya kebal dengan kad pelindungan yang dimiliki," katanya kepada Majoriti.

Oleh yang demikian katanya, UNHCR perlu bekerjasama dengan agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), kastam, imigresen dan penguatkuasa maritim bagi membendung masalah berkaitan Rohingya menjadi duri dalam daging kepada negara.

Sementara itu, Ahmad Martadha turut menyarankan supaya kerajaan menyediakan langkah jangka panjang untuk membantu golongan Rohingya membina kehidupan mereka sekali gus memberi pulangan semula kepada negara.

"Bagi memberi peluang kepada golongan Rohingnya menyumbang kepada negara. Kerajaan boleh mewujudkan satu pnempatan seperti felda atau kampung baru buat golongan ini untuk mereka membina kehidupan dengan pengawasan dan pemantauan agensi terlibat.

"Ini boleh menjadi serampang dua mata untuk membantu golongan ini membina kehidupan dan pada masa sama menjana ekonomi negara dalam sektor yang boleh mereka usahakan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

UUM, rohingya, mengemis, kanak-kanak, unchr, samseng