Kes menurun sedikit, catat 3,251 jangkitan baharu


  • Primer
  • Sabtu, 08 Jan 2022

SEBANYAK 3,251 kes direkodkan negara pada Sabtu. — Gambar hiasan/Agensi

JUMLAH keseluruhan kes sembuh Covid-19 di negara ini kini mencatat 2,711,900 selepas 3,161 lagi kes sembuh direkodkan pada Sabtu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kes baharu pula mencatat 3,251 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 kini 2,783,331 kes.

"Daripada 3,251 kes harian yang dilaporkan, 58 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat, lima manakala 3,193 kes atau 98.2 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

"Sebanyak 243 kes pula memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 113 kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), Noor Hisham berkata, negara kini merekodkan nilai 0.96 dengan Labuan mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.15 dan 1.06 direkodkan di Sabah.

Sementara itu, mengenai situasi semasa banjir setakat 3 petang tadi, beliau berkata satu kes baharu positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes 466.

"Sebanyak 43 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir, iaitu 35 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI), penyakit kulit (satu) dan Acute Gastroenteritis (AGE) (tujuh), " katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram