MAYAT seorang lelaki tanpa identiti berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di Sungai Linggi, Kampung Linsum, dekat Seremban, petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh seorang lelaki berhubung kejadian itu kira-kira 1.50 tengah hari.
VIDEO operasi mengambil mayat yang dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Rantau. — Facebook
"Siasatan awal bahagian jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan mendapati tiada kesan atau tanda pada mayat yang ditemukan tanpa pakaian itu yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah.
"Mayat itu kemudian diserahkan ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban pada pukul 5.30 petang Khamis untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan esok (Jumaat)," katanya dalam kenyataan pada malam Khamis.
Beliau berkata, kertas siasatan mati mengejut (SDR) akan dibuka dan siasatan lanjut masih diteruskan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram