Penganggur warga Thailand bunuh adik di Jeli didakwa


MASOFI (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret Masjid Tanah pada Rabu. — Bernama

SEORANG penganggur warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret Tanah Merah, Kelantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh adik kandungnya, minggu lepas.

Masofi Masae, 36, didakwa membunuh Ma-Udeng Masae berusia 30 tahun di sebuah rumah di Kampung Melayu Sungai Rual, Jeli, dekat sini kira-kira 1.30 pagi 29 Disember tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Masofi, yang tidak diwakili peguam, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed.

Tiada pengakuan direkodkan daripadanya kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental, setelah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nazuha Mohd Nasir dan menetapkan kes itu disebut semula pada 30 Januari ini. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram