Nelayan hilang di Menumbok, dikhuatiri lemas


  • 112
  • Selasa, 04 Jan 2022

APMM berkata, pihaknya telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat sebaik sahaja terima laporan kehilangan lelaki itu pada 10:00 pagi Isnin.

SEORANG nelayan dilaporkan hilang ketika pergi memukat ikan di perairan Lambidan, Menumbok, Sabah pada pagi Isnin.

Sarizal Salleh, 39, dikhuatiri lemas apabila anggota keluarganya menyedari beliau tidak pulang ke rumah sejak Isnin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata, pihaknya telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik sahaja menerima laporan kehilangan lelaki itu pada 10:00 pagi Isnin.

"Lelaki tersebut dikatakan telah keluar untuk memukat ikan pada kira-kira pukul 6 pagi di pinggir pantai Lambidan, namun dia tidak pulang ke rumah selepas beberapa jam dan ahli keluarganya telah membuat laporan polis pada hari yang sama,” katanya pada Selasa.

Turut terlibat dalam operasi itu ialah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Angkatan Pertahanan Awam serta dibantu penduduk setempat dan setakat 5 petang ini, operasi itu masih berjalan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

nelayan, hilang, lemas, memukat, SAR