Syak wujud aktiviti pembalakan di Lata Jarum


  • Tular
  • Jumaat, 31 Dis 2021

TANGKAP layar laluan sebesar lebih raya yang dibuka di Hutan Simpan Hulu Dong, Lata Jarum, Raub, Pahang. — Facebook

TULAR di media sosial berhubung rakaman seorang wanita yang mempersoalkan terdapat beberapa jentera berat di kawasan Hutan Lipur Lata Jarum, Raub, Pahang baru-baru ini.

Malahan, berdasarkan video berdurasi 2 minit 20 saat itu turut menunjukkan terhadap laluan sebesar lebuh raya yang dibuka ke dalam kawasan Hutam Simpan Hulu Dong.

Hutan Simpan Hulu Dong merupakan tempat pemuliharaan Rafflesia atau bunga pakma di Pahang kerana taburannya yang tinggi dan menjadi tumpuan para penyelidik.

"Sepanjang saya di sini, saya tidak pernah melihat air Sungai Dong sekeruh seperti warna teh tarik.

"Walau hujan lebat macam mana sekali pun, airnya akan bertukar menjadi hitam dan kemudian kembali jernih.

"Minta Jabatan Perhutanan Pahang memberi penjelasan berhubung perkara ini," katanya.

RAKAMAN berhubung aktiviti pembalakan yang disyaki berlaku di Lata Jarum, Raub, Pahang. — Facebook

Isu pembalakan di Pahang terus menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia apabila tular foto dan rakaman dron himpunan balak yang dihanyutkan susulan banjir di kawasan Karak.

Malahan, tular juga foto keadaan semasa Tasik Chini yang dijadikan kawasan pembalakan sehingga menjejaskan 'keindahan' alam semula jadi di situ. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram