Selhec bantu pengusaha tembusi pasaran global


  • Primer
  • Rabu, 29 Dis 2021

Mohd Zawawi (tengah) selepas melancarkan program Selhac 2021 di Hotel Mardhiyyah Shah Alam, Selangor.

SELANGOR International Halal Convention (Selhac) 2021 dianjurkan oleh kerajaan Selangor atas dasar manifestasi komitmen kerajaan negeri bagi memperkasa sebagai penggerak utama ekonomi halal Malaysia, kata pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

"Selhac juga membantu dalam menjadi pemangkin kepada program-program anjuran Jawatankuasa Tetap Industri Halal yang mana sebenarnya akan membuka peluang kepada pemain-pemain dalam indsutri halal terutamanya di negeri Selangor untuk menembusi pasaran global.

"Selhac juga akan menjadi forum terbuka kepada suai niaga dalam kalangan pemian-pemain indusri halal," kata beliau semasa melancarkan program Majlis Pelancaran Selhac 2021 pada Rabu di Hotel Mardhiyyah Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Mohd Zawawi juga berharap agar program berkenaan dapat menyedarkan lagi masyarakat berkenaan kepentingan halal sebagaimana tuntutan dalam Islam.

Dalam pada itu, beliau berkata, Exco Agama Islam, Pengguna & Industri Halal akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk melakukan program advokasi.

"Program advokasi seperti program ceramah kesedaran halal untuk masyarakat akan dilakukan dan juga bagaimana proses persijilan halal dapat dipermudahkan oleh agensi berkaitan untuk pemohon yang terpaksa menunggu masa yang lama.

"Dalam tempoh pandemik kami tidak nafikan banyak kekangan seperti tidak dapat ke pejabat sehingga hanya separuh beroperasi. Itu merupakan faktor yang melambatkan tapi untuk ke depan saya melihat Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) untuk mendapatkan sijil halal akan diperbaiki.

"1000 orang pengusaha di Selangor yang menunggu untuk dapatkan sijil halal adalah disebabkan pegawai-pegawai tidak dapat turun secara fizikal untuk membuat tinjauan lapangan, untuk membuat audit ke atas premis-premis tetapi jika kes makin berkurangan, pegawai-pegawai akan banyak masa untuk membuat tinjauan," katanya.

Sasaran Selhac meliputi pemegang-pemegang sijil Halal Malaysia yang berpengkalan di Selangor, perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana di Selangor yang belum mendapat sijil halal tetapi berminat dan pelabur tempatan, luar negara yang berminat dalam industri halal Selangor.

Program tersebut digerakkan dan dilaksanakan dengan kerjasama Aspsire Flagship Sdn Bhd, pelaksana program Halal International Selangor (HIS) dan juga Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIMS). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram