Lolos di Johor, Long Tiger kena cekup di Sungai Petani


  • 112
  • Selasa, 28 Dis 2021

GAMBAR tular di media sosial yang menunjukkan Abdul Hamim atau Long Tiger diberkas polis pada Selasa.

POLIS berjaya menahan lelaki etnik Rohingya, Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai 'Long Tiger' yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret di Tangkak kira-kira dua minggu lalu.

Difahamkan, suspek berusia 32 tahun itu ditahan dalam operasi khas yang dijalankan polis pada Selasa di Sungai Petani, Kedah.

Gambar Abdul Hamim, yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek putih diberkas oleh beberapa anggota polis tular di media sosial.

Difahamkan, polis turut menahan seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai membantu Abdul Hamim melarikan diri dari Johor ke Kedah. — The Star

Menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

long tiger, polis, berkas