306 sampel pelancong mungkin positif varian Omicron — Khairy


  • Primer
  • Selasa, 28 Dis 2021

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. — Bernama

SEBANYAK 306 sampel kes Covid-19 dalam kalangan pelancong yang memasuki negara ini berkemungkinan positif varian Omicron, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, kesemua sampel berkenaan menjalani ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang melibatkan plancong yang tiba di negara ini pada 21 hingga 25 Disember lalu.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 306 sampel menunjukkan kemungkinan varian Omicron dan kini sedang menunggu keputusan keseluruhan penjujukan genom (WGS)," katanya pada sidang media pada Selasa.

Tambah beliau, kerajaan akan menarik balik sekatan perjalanan sementara ke atas lapan negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

“Kesemua lapan negara akan dimasukkan dalam senarai negara berisiko tinggi, menjadikan jumlah negara berisiko tinggi sebanyak 18 buah,” katanya.

10 lagi negara berisiko tinggi adalah United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Perancis, Denmark, India, Kanada dan Nigeria. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

covid-19, omicron, khairy jamaluddin, kkm, pcr, imr