Bantuan RM10,000 untuk waris mangsa korban banjir


  • Primer
  • Jumaat, 24 Dis 2021

ISMAIL Sabri meluangkan masa melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, Bentong, Pahang pada Jumaat. — Bernama

KERAJAAN akan menyumbang RM10,000 kepada waris bagi setiap ahli keluarga yang meninggal dunia akibat bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mendapatkan senarai nama mereka yang terkorban daripada pusat bencana daerah, bagi memastikan sumbangan itu disampaikan segera.

"Kita amat simpati dan sedih dengan apa yang berlaku dan kita akan beri sumbangan...kita akan salurkan melalui pejabat daerah dan mereka akan salurkan kepada waris mangsa.

"Difahamkan juga kerajaan negeri Pahang juga akan menyalur RM5,000 kepada waris mangsa yang terkorban,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, Bentong, Pahang pada Jumaat.

Bagi membantu negeri yang teruk terjejas banjir, Ismail Sabri berkata, kerajaan memperuntukkan RM50 juta kepada Pahang dan Selangor. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram