Sesi persekolahan ditangguh ekoran banjir


  • Primer
  • Jumaat, 24 Dis 2021

SESI persekolahan bagi Kumpulan A dan B akan bermula pada 9 serta 10 Januari. — Gambar hiasan/Bernama

SESI persekolahan bagi penggal tiga 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu.

Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin, sesi persekolahan bagi Kumpulan A akan bermula pada 9 Januari manakala bagi Kumpulan B bermula 10 Januari.

Penggal ketiga 2021/2022 pada awalnya dijadualkan bermula pada 2 Januari.

Menurut Radzi, langkah itu dibuat berikutan banjir yang memberi kesan kepada para guru, pelajar dan ibu bapa secara langsung serta tidak langsung selain sekolah yang terjejas akibat bencana tersebut atau dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

"Maklumat lanjut tentang perkara itu akan dinyatakan menerusi kenyataan kelak. Kami prihatin terhadap kebajikan pelajar, ibu bapa dan guru ketika ini.

"Ini adalah tempoh yang sukar untuk semua orang dan kami memahami mereka memerlukan masa untuk menyediakan keperluan mereka sebelum memulakan penggal ketiga sesi persekolahan 2021/2022," katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Radzi Jidin, KPM, sesi persekolahan, banjir