Ayob Khan dilantik Pengarah JSJN Bukit Aman


  • 112
  • Jumaat, 24 Dis 2021

AYOB Khan bakal memegang peranan baharu itu berkuatkuasa 25 Januari depan. — The Star

KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuatkuasa 25 Januari depan.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Polis (DCP) Ruslan Khalid berkata, Ayob Khan antara tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuatkuasa tarikh sama.

"Jawatan Ayob Khan akan diambil alih Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ruslan berkata, Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Wan Hassan Wan Ahmad pula akan mengisi kekosongan ditinggalkan Kamarul Zaman dengan memangku pangkat Komisioner. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram