Triton seret motosikal sejauh 6km di Muar, tiada rekod saman


  • Tular
  • Khamis, 23 Dis 2021

TANGKAP layar video tular sebuah Mitsubishi Triton menyeret motosikal dalam kejadian di Muar. — Facebook

SATU rakaman video menunjukkan sebuah kenderaan pikap jenis Mitsubishi Triton memandu secara berbahaya dengan menyeret sebuah motosikal, dalam kejadian langgar lari pada Rabu, tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, kenderaan terbabit dilihat dipandu laju dan memotong deretan kereta di hadapannya apabila dikejar pemandu kenderaan lain yang bertindak merekod insiden berkenan.

Rakaman video dan gambar-gambar kejadian itu dikatakan tular kumpulan laman sembang WhatsApp sebelum dimuat naik beberapa pengguna Facebook di laman masing-masing.

VIDEO tular sebuah kenderaan pikap menyeret motosikal di Muar. — Facebook

Laman Facebook Aku Budak Kluang mendakwa kejadian terbabit berlaku Rabu di Parit Sakai, Jalan Temenggong Ahmad, Muar.

Kenderaan pikap itu didakwa menyeret motor tersebut hingga Parit Jawa yang jaraknya kira-kira enam kilometer (km) dari Parit Sakai.

Melalui gambar-gambar lain yang dimuat naik, kenderaan itu dilihat berjaya dihentikan di tepi jalan oleh orang awam. Pihak polis juga kelihatan berada di lokasi kejadian.

tular seret moto 2

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan keadaan motosikal yang diseret. — Facebook

Sementara itu, tidak dapat dipastikan sama ada insiden terbabit melibatkan kemalangan jiwa termasuk nasib penunggang motosikal berkenaan.

Hasil semakan Majoriti, kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jalan raya.

Seorang pengguna Facebook, Syed Syafiq meninggalkan komen dengan menyindir kononnya pemandu kenderaan pikap itu pemegang kad orang kurang upaya (OKU).

"Dalam siasatan pihak berkuasa, pemandu Triton disyaki OKU. #akanadakadOKU," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram